Friday, April 25, 2014

Upload Dan Kongsi Video Penyertaan Running 5S Untuk Dapat Markah Bonus!

Perhatian kepada semua kumpulan peserta RUNNING 5S!
Hari ini 25hb April 2014:Dah Kongsi Video Kumpulan?
Pertandingan ini juga akan berjalan seperti sebuah REALITI SHOW iaitu ada MARKAH BONUS sepanjang minggu ini sehingga tarikh acara sebenar pada 30 April 2014.

Peringatan Penting Kepada Semua Peserta Running 5S 2014

Bagaimana??
Mudah saja! = Bermula 25 April, Kumpulan yang bertanding diminta berkongsi video kreatif kumpulan anda dengan cara upload video/montaj ke Facebook SUK SELANGOR 5S akan dapat MARKAH BONUS! Dah sedia? Sila upload SEKARANG.

Jangan Lupa perkara wajib dan tarikh-tarikh penting ini :-
1. Pastikan semua ahli kumpulan sudah LIKE Facebook SUK SELANGOR 5S
2. 25 April : Upload dan kongsi video kreatif kumpulan anda ke Facebook SUK SELANGOR 5S
3. 30 April : Berkumpulan di Dataran SUK tepat jam 9.00 pagi untuk BERMULA!!


Monday, April 14, 2014

Aktiviti APRIL ini!!! - Running 5S




Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa Promosi QE5S akan menganjurkan satu aktiviti berbentuk infohunt, yang dinamakanRunNing 5Syang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh            :           30 April 2014 (Rabu)
                        Masa              :           8.30 pagi – 11.30 pagi
                        Tempat          :           Dataran Dewan Negeri Selangor


SYARAT PENYERTAAN:

·       TERBUKA kepada SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kecuali Ahli Jawatankuasa Promosi QE5S dan urusetia yang dilantik.

·      Penyertaan adalah secara BERKUMPULAN (5 ORANG-SATU KUMPULAN). Syarat pemilihan ahli bagi setiap kumpulan mestilah 2 ORANG - GRED 22 KE ATAS DAN 3 ORANG –GRED 17 KE BAWAH. Ahli kumpulan mestilah diwakili oleh sekurang-kurangnya 2 lelaki atau 2 perempuan.

·      Setiap ahli kumpulan yang ingin menyertai ‘RunNing 5S’ ini perlu ‘Like’ Facebook SUK Selangor 5S.

·      Setiap zon WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan. Maksimum 2 kumpulan dibenarkan mewakili satu-satu zon.

·     Kod pakaian semasa aktiviti adalah T-SHIRT 5S BERWARNA MERAH, TRACK-BOTTOM DAN KASUT SUKAN.

·       Setiap peserta perlu membawa PEN, TELEFON MUDAH ALIH YANG MEMPUNYAI KAMERA DAN TALIAN INTERNET, SERTA KABEL TELEFON (USB).

·       Setiap kumpulan akan DIBEKALKAN SATU FOLDER bagi menyimpan semua tugasan yang akan dijalankan.






Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post