Wednesday, December 7, 2016

JOM- SET-KE-EKSA-2017 !!!

EKSA - READY??

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - APA ITU EKSA?

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
Apa itu EKSA?????
Untuk maklumat awal, ia boleh dirujuk melalui laman sesawang berikut :



MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.    Meningkatkan imej korporat;
3.    Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Bagi tujuan mendapatkan taklimat, khidmat rundingan bagi EKSA, agensi-agensi kerajaan boleh memohon/merujuk kepada senarai Fasilitator EKSA yang telah dilatih oleh MAMPU dalam Program Training of Trainers (TOT) EKSA. Sekiranya agensi bercadang untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari MAMPU, pihak agensi boleh menghubungi pegawai seperti di bawah atau memohon melalui surat kepada:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 2)
Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi
Nama Pegawai dan No.Telefon:
En. Mohamed Azriza bin Abdul Karim (03-8872 5029)
En. Hishamuddin bin Ahmad (03-8872 6273)
No.Faks : 03-8888 3565
E-mel :eksa@mampu.gov.my

Tuesday, December 6, 2016

Friday, June 10, 2016

Tahniah Pejabat SUK Selangor Kekal Persijilan 5S 2016

Tahniah keada semua warga kerja Pejabat SUK Selangor di atas kejayaan mengekalkan persijilan 5S setelah melalui sesi Audit oleh MPC pada 2 Jun 2016 lalu. Teruskan amalan 5S yang berkesan demi persekitaran kerja yang kondusif di Pejabat SUK Selangor.



Thursday, June 2, 2016

GAMBAR SESI AUDIT HARI INI - 2 JUN 2016


Gambar ketika sesi pembukaan audit pagi ini di Bilik Gerakan Tingkat 22, Bangunan Pejabat SUK Selangor. YBhg Dato' Mazalan selaku TSUK mempengerusikan sesi pagi ini. Kehadiran 3 orang panel dari pihak MPC diketuai oleh Encik Abdul Majid.






Tuesday, May 17, 2016

COUNTDOWN LAGI 15 HARI AUDIT 5S! APA STATUS CHECKLIST ANDA?




LAGI 15 HARI AUDIT!!
APA STATUS CHECKLIST 5S ANDA?

= DOKUMENTASI?
= SUDUT 5S TERKINI??
= SUSUN SISIH SAPU - SEMPAT LAGI??
= KAIZEN & LEAN DAH MULA???

SEMOGA BERJAYA!!





~PESANAN IKHLAS;
JAWATANKUASA PROMOSI 5S - SUKSELANGOR5S

Thursday, May 5, 2016

Jom Sertai PERTANDINGAN POSTER KAIZEN

Salam sejahtera, warga Pejabat SUK Selangor!
Jom sertai PERTANDINGAN POSTER KAIZEN
Tarikh tutup : 13 MEI 2016



Desktop-Wallpaper Khas Untuk Peringatan Audit 5S Kepada Warga SUK Selangor!

Salam sejahtera, warga Pejabat SUK Selangor!

Kalau perasan apabila anda ON komputer hari ini sudah bertukar Desktop-Wallpaper anda kepada gambar di bawah. Kepada kakitangan baru, jangan terkejut pula ya. Inilah promosi 5S paling berkesan untuk memastikan anda sentiasa ternampak-nampak tarikh Audit 2 Jun 2016 itu ya. Promosi secara VISUAL ini kita sudah mulakan sejak mula 5S di Pejabat SUK Selangor, jadi nampaknya ia memang berkesan bagi menggerakkan usaha amalan 5S secara berterusan. Jadi promosi secara VISUAL ini ibarat "dari mata turun ke hati". Semoga kekal 5S di hati kakitangan SUK Selangor gitu! Selamat berjaya Audit 2016!!




Promosi 5S secara VISUAL melalui kawalan pertukaran Wallpaper kakitangan secara SERENTAK. Untuk download wallpaper ini sila Klik-Kanan dan Save Image
Untuk download Desktop-wallpaper ini sila Klik-Kanan dan Save Image

Thursday, February 25, 2016

Bengkel Semakan Garis Panduan 5S Tahun 2016





Bengkel diadakan pada 25-26 februari bertempat di Kelana Jaya, Selangor. Peserta bengkel kali ini ialah team ketua zon, jawatankuasa induk dan auditor dari semua zon di Pejabat SUK Selangor.






Friday, February 19, 2016

Teruskan Berinovasi Untuk Hasilkan KAIZEN di Pejabat

Maksud "KAIZEN" ialah = Penambahbaikan Berterusan

Sekali lagi konsep Kaizen diminta dijadikan perhatian bagi meneruskan aktiviti 5S dalam menghasilkan kesan 5S yang sangat bermanfaat untuk memperbaiki proses kerja harian di pejabat. Ya, kaji semula proses kerja sedia ada dan alatan yang sedia ada dan apakah isu yang dihadapi saban hari dari proses sedia ada? Tentunya ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan itu. 

Hah hari ini hari Jumaat, jadi teruskan semangat kerjasama berpasukan Pejabat SUK Selangor. Ada sahaja Zon yang cergas hari ini kan. Apa pun aktiviti 5S anda hari ini - sama ada SISIH / SUSUN di sana sini, semoga objektif kita tercapai iaitu menjadikan Pejabat SUK Selangor suatu persekitaran kerja yang Kondusif, Selamat dan Selesa! 

Moto : "5S PENERAJU PRODUKTIVITI"

Selamat maju jaya!


Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post