Wednesday, December 7, 2016

JOM- SET-KE-EKSA-2017 !!!

EKSA - READY??

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - APA ITU EKSA?

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
Apa itu EKSA?????
Untuk maklumat awal, ia boleh dirujuk melalui laman sesawang berikut :



MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.    Meningkatkan imej korporat;
3.    Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Bagi tujuan mendapatkan taklimat, khidmat rundingan bagi EKSA, agensi-agensi kerajaan boleh memohon/merujuk kepada senarai Fasilitator EKSA yang telah dilatih oleh MAMPU dalam Program Training of Trainers (TOT) EKSA. Sekiranya agensi bercadang untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari MAMPU, pihak agensi boleh menghubungi pegawai seperti di bawah atau memohon melalui surat kepada:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 2)
Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi
Nama Pegawai dan No.Telefon:
En. Mohamed Azriza bin Abdul Karim (03-8872 5029)
En. Hishamuddin bin Ahmad (03-8872 6273)
No.Faks : 03-8888 3565
E-mel :eksa@mampu.gov.my

Tuesday, December 6, 2016

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post