Saturday, October 8, 2011

Zon Berlian Contoh Terbaik 5S

Sepanjang 2 kali audit 5S dijalankan, Zon Berlian iaitu Pejabat Menteri Besar Selangor mengungguli markah tertinggi dan ini menjadikan pejabat terbaik untuk dicontohi oleh lain-lain bahagian di Pejabat SUK Selangor. Jawatankuasa promosi masih menunggu laporan dari pihak Audit untuk berkongsikan Ranking markah dan penemuan yang boleh dijadikan panduan bersama di blog ini.

Maka sementara itu bolehlah bahagian yang lain mengadakan lawatan ke Pejabat MB untuk melihat sendiri bagaimana kesungguhan kakitangan mereka merealisasikan kriteria 5S dalam masa yang singkat. Tahniah dan semoga amalan 5S berterusan.












Nota: Kami mengalu-alukan sebarang laporan, cerita atau aktiviti bergambar berkaitan 5S dari setiap Zon/Bahagian/Jawatankuasa. Anda boleh terus e-melkan bahan kepada Jawatankuasa Promosi melalui sukselangor5s@gmail.com atau:-
Encik Hanafi - mhanafi@selangor.gov.my
Puan Shazilah - shazilah@selangor.gov.my
Puan Rosnah - rosenah@selangor.gov.my

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post