Bengkel menyediakan garis panduan 5S bagi Pejabat SUK Selangor diadakan pada 25 hingga 28 Februari 2013, bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Perumahan EXCO Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Ceramah disampaikan oleh wakil MPC, Encik Lizuan Abd. Latif. Bengkel dijalankan secara 2 sesi iaitu 25-26 dan 27-28 yang dihadiri oleh bakal fasilitator dan juruaudit dari pelbagai lapisan pegawai dan kakitangan Pejabat SUK Selangor. Garis panduan tersebut akan disesuaikan untuk digunakan oleh semua bahagian kelak.
Nota : Gambar berkaitan akan dimasukkan sedikit masa lagi..