Wednesday, May 29, 2013

Acara Pra-pengauditan - Sesi Pembukaan

Aturcara pra-pengauditan oleh pihak MPC, pada 28 Mei 2013, dimulakan dengan mesyuarat pembukaan pada jam 9.00 pagi di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Pihak MPC diwakili oleh 2 orang panel yang seterusnya bersama-sama dengan semua AJK Induk, Fasilitator dan Ketua Zon mendengarkan taklimat. Sedikit ringkasan acara yang berlangsung tadi:-
Nota : Pengerusi : Encik Muhamad Hanafi - Emcee bertugas : Encik Faizal - Bacaan Doa : Encik Rusdi - Slide & Video : Rosnah & team Promosi

Taklimat dari SUK disampaikan oleh Encik Muhamad Hanafi. Sebelum taklimat dimulakan hadirin dipersembahkan dengan tayangan video yang mengandungi serba ringkas gambaran amalan 5S yang dilaksanakan di Pejabat SUK berserta video amanat dari Y.B. SUK sendiri. Slide taklimat mengandungi pengenalan Pejabat SUK dengan bangunan pejabat asal hingga sekarang, ringkasan amalan 5S diterangkan melalui gambar-gambar aktiviti setiap AJK induk dan kelebihan pelaksanaan amalan 5S di Pejabat SUK Selangor.

Nota : Kakitangan Pejabat SUK boleh download slide dan video dari Intranet SUK.
Download video dalam blog ini akan disediakan sedikit masa lagi.
Kalau ada yang perlukan video dan slide original (600MB+) boleh mohon dari team promosi melalui Rosnah (emel : rosenah[at]selangor.gov.my)

Friday, May 10, 2013

Siap Sedia Untuk Audit Persijilan 5S


Semua ZON di Pejabat SUK Selangor, ayuh siap sedia ke arah Persijilan 5S tahun ini. Dimaklumkan tarikh-tarikh Audit berikut:-
28 Mei 2013 : Pra Audit
30 Mei 2013 *tarikh sebenar akan dimaklumkan: Audit sebenar oleh MPC


Selamat berjaya!!

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post