Thursday, March 22, 2012

Sub Zon Zamrud 1 terima 3 sticker Cemerlang!!!




 ~PANTRI~
 ~SUDUT PELUPUSAN~
~SURAU~

Pada sesi pengauditan yang lalu (20 Mac 2012) Sub-Zon Zamrud 1 iaitu Unit Pentadbiran, Tingkat 18 telah menerima 3 sticker CEMERLANG daripada pihak Audit Dalam yang datang membuat pemeriksaan. 3 tempat yang mendapat sticker tersebut adalah pantri, surau dan sudut pelupusan. TAHNIAH diucapkan kepada pegawai dan kakitangan yang bertungkus-lumus memperbaiki kelemahan daripada teguran audit pertama.
Kepada teman-teman yang lain, teruskan lagi usaha untuk MENGEMASKAN~MENCANTIKKAN dan seterusnya MENCERIAKAN ruang pejabat anda. Caiyok!!

~YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN :) ~

~SISIH~SUSUN~SAPU~SERAGAM~SENTIASA AMAL~


Monday, March 12, 2012

Jadual Lawatan Audit Dalaman 5S Pejabat SUK Selangor

Pasukan Audit 5S Pejabat SUK Selangor akan melaksanakan lawatan audit ke Bahagian/Seksyen pada tarikh berikut:-
Audit Pertama : 6 - 8 Mac 2012
Audit Kedua : 20 - 22 Mac 2012
Audit Ketiga : 3 - 5 April 2012
Audit Keempat : 17 - 19 April 2012
Kerjasama semua kakitangan amat dihargai.

- Maklumat dari Jawatankuasa Audit Dalam 5S, Pejabat SUK Selangor

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam tahun baru kepada semua warga kerja dan Pasukan 5S Pejabat SUK Selangor.
Semoga sasaran pensijilan 5S yang dijangka bulan Mei 2012 akan dapat dicapai.
Semoga 5S terus sukses!

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post