Friday, October 24, 2014

Audit Ke 3 Tahun 2014

Salam sejahtera warga SUK Selangor! Masih amalkan 5S? Bagus, jika begitu anda tentu boleh bertenang kerana Pasukan Audit dalaman akan mengadakan sesi Audit Ketiga bagi tahun 2014..


Tarikhnya



ialah



pada...
















29 - 30 Oktober 2014 !


Thursday, October 23, 2014

Pertandingan Dialog Lucu 5S

Salam sejahtera kakitangan Pejabat SUK Selangor. Cepat hantarkan penyertaan anda untuk pertandingan "Dialog Lucu 5S". Gambar untuk pertandingan sudah disediakan di Facebook 5S www.facebook.com/Sukselangor5s
Sila hantar penyertaan dialog lucu terus kepada emel shazilah@selangor.gov.my Tarikh tutup 31 Oktober 2014.
Selamat berjaya!!!!


Friday, September 12, 2014

Benchmark Visit! Oleh JAIS

Salam sejahtera. Kita berasa sungguh bangga dan terharu kerana pada 11 September 2014 lalu Pejabat SUK Selangor telah dikunjungi oleh sekumpulan kakitangan dari Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sudi menjadikan Pejabat SUK Selangor sebagai Benchmark (penanda aras) bagi pelaksaan program 5S. Terima kasih banyak kerana sudi datang dan semoga perkongsian pengalaman kita ini boleh membantu pelakasaan 5S di tempat mereka juga.
Semoga kita sama-sama cemerlang ok!

Thursday, August 14, 2014

Tahniah Kekal Persijilan 5S Untuk Tahun 2014!

Tahniah kepada semua warga Pejabat SUK Selangor kerana berjaya mengekalkan persijilan 5S bagi tahun 2014!!


Tuesday, July 22, 2014

Selamat Datang Panel Penilai 5S 22 Julai 2014

Hari ini warga kerja Pejabat SUK Selangor berbesar hati menerima kedatangan panel penilai 5S. Diharap semua lapisan pegawai dan kakitangan akan memberikan kerjasama sewajarnya..dan semoga kita berjaya lagi mengekalkan persijilan 5S di sini.

(Senyuman kami berserta degupan jantung kerana akan diaudit lagi..)

Friday, May 2, 2014

Kempen 5 Minit Sahaja

Dah jam 4.30 petang. Eh dah nak balik? Jom kemas meja dulu.. kempen "5 minit jer"
Bukankah lebih tenang untuk memulakan hari bekerja akan datang :-)


Friday, April 25, 2014

Upload Dan Kongsi Video Penyertaan Running 5S Untuk Dapat Markah Bonus!

Perhatian kepada semua kumpulan peserta RUNNING 5S!
Hari ini 25hb April 2014:Dah Kongsi Video Kumpulan?
Pertandingan ini juga akan berjalan seperti sebuah REALITI SHOW iaitu ada MARKAH BONUS sepanjang minggu ini sehingga tarikh acara sebenar pada 30 April 2014.

Peringatan Penting Kepada Semua Peserta Running 5S 2014

Bagaimana??
Mudah saja! = Bermula 25 April, Kumpulan yang bertanding diminta berkongsi video kreatif kumpulan anda dengan cara upload video/montaj ke Facebook SUK SELANGOR 5S akan dapat MARKAH BONUS! Dah sedia? Sila upload SEKARANG.

Jangan Lupa perkara wajib dan tarikh-tarikh penting ini :-
1. Pastikan semua ahli kumpulan sudah LIKE Facebook SUK SELANGOR 5S
2. 25 April : Upload dan kongsi video kreatif kumpulan anda ke Facebook SUK SELANGOR 5S
3. 30 April : Berkumpulan di Dataran SUK tepat jam 9.00 pagi untuk BERMULA!!


Monday, April 14, 2014

Aktiviti APRIL ini!!! - Running 5S




Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa Promosi QE5S akan menganjurkan satu aktiviti berbentuk infohunt, yang dinamakanRunNing 5Syang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh            :           30 April 2014 (Rabu)
                        Masa              :           8.30 pagi – 11.30 pagi
                        Tempat          :           Dataran Dewan Negeri Selangor


SYARAT PENYERTAAN:

·       TERBUKA kepada SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kecuali Ahli Jawatankuasa Promosi QE5S dan urusetia yang dilantik.

·      Penyertaan adalah secara BERKUMPULAN (5 ORANG-SATU KUMPULAN). Syarat pemilihan ahli bagi setiap kumpulan mestilah 2 ORANG - GRED 22 KE ATAS DAN 3 ORANG –GRED 17 KE BAWAH. Ahli kumpulan mestilah diwakili oleh sekurang-kurangnya 2 lelaki atau 2 perempuan.

·      Setiap ahli kumpulan yang ingin menyertai ‘RunNing 5S’ ini perlu ‘Like’ Facebook SUK Selangor 5S.

·      Setiap zon WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan. Maksimum 2 kumpulan dibenarkan mewakili satu-satu zon.

·     Kod pakaian semasa aktiviti adalah T-SHIRT 5S BERWARNA MERAH, TRACK-BOTTOM DAN KASUT SUKAN.

·       Setiap peserta perlu membawa PEN, TELEFON MUDAH ALIH YANG MEMPUNYAI KAMERA DAN TALIAN INTERNET, SERTA KABEL TELEFON (USB).

·       Setiap kumpulan akan DIBEKALKAN SATU FOLDER bagi menyimpan semua tugasan yang akan dijalankan.






Friday, March 28, 2014

NGO Pejuang Tandas Bersih?

Salam Jumaat. Salam Hari QE5S di Pejabat SUK Selangor :-)
QRAM
Tahukah anda QRAM ialah sebuah pertubuhan yang aktif berkempen tandas bersih di Malaysia ini? Nama penuhnya Quality-Restroom-Association-Malaysia (Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia) Wah begitu berat sekali tugasan mereka untuk menyebarkan kesedaran betapa pentingnya "kualiti" tandas itu di negara kita. Jika fikir semula, betul juga kerana tandas cerminan kebersihan tuan rumahnya, jadi tandas awam pula cerminan imej negara! Jadi mari berkenalan dan mengikuti kempen-kempen mereka melalui maklumat poster, laman web dan follow Facebook mereka. Kita kempen kesedaran tandas berkualiti pula sebagai sebahagian dari amalan 5S di Pejabat kita pula ya.

Nota : Lihat juga cerita kempen tandas berkualiti @WARE di Pejabat SUK Selangor.

Thursday, March 27, 2014

Senarai Zon 5S Di Pejabat SUK Selangor

Salam sejahtera. Pelaksanaan 5S di Pejabat SUK Selangor dibahagikan kepada 12 Zon. Anda kakitangan baru atau lama? Ayuh sama-sama melaksanakan tanggungjawab di zon masing-masing bagi memastikan kejayaan 5S kembali di Pejabat SUK Selangor bagi tahun 2014 juga. Tahniah dan tahniah kerana terus melakukan kreativiti dan inovasi demi persekitaran kerja yang kondusif!


Logo lama dan Logo baru sebagai pembakar semangat 2014!


MOTO:
"5S PENERAJU PRODUKTIVITI"

LOGO LAMA:



MAKSUD BENTUK

-    Simbol huruf 5S diletakkan di tengah logo sebagai lambang amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

-    Lambang rasmi Negeri Selangor diletakkan bersama-sama simbol huruf 5S

-    Bulatan melambangkan proses 5S yang berterusan

-    Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa  Amal adalah amalan 5S yang berterusan

-    Teks PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR disusun di bahagian paling atas sebagai lambang pelaksanaan 5S secara menyeluruh di semua bahagian

MAKSUD WARNA

-    Warna merah digunakan bagi menyerlahkan simbol huruf 5S yang menjadi fokus logo bagi melambangkan amalan 5S adalah serius dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
                                                                                                                                                            
-    Warna biru digunakan sebagai lambang semangat kerjasama berpasukan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor



~~~~~~~~~~~~~

LOGO BARU 2014


RASIONAL/PENERANGAN LOGO

MAKSUD BENTUK

- Simbol huruf 5S diletakkan di bawah logo sebagai lambang amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
- Lambang rasmi Negeri Selangor diletakkan bersama-sama simbol huruf 5S .
- Bulan Sabit melambangkan proses 5S yang berterusan.
- Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa  Amal adalah amalan 5S yang berterusan.
- Teks PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR disusun di bahagian paling kiri sebagai lambang pelaksanaan 5S secara menyeluruh di semua bahagian.

MAKSUD WARNA

- Warna kuning kemerahan digunakan bagi menyerlahkan simbol huruf 5S yang menjadi fokus logo bagi melambangkan amalan 5S adalah serius dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.  
- Warna biru digunakan sebagai lambang semangat kerjasama berpasukan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Monday, March 24, 2014

Gambar Semasa Lawatan Penanda-arasan Ke JPN

Mengabadikan gambar-gambar sempena Lawatan Penanda-arasan ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya yang telah diadakan pada 26 Februari 2014. Terima kasih kepada semua wakil dari setiap Zon Pejabat SUK Selangor yang turut menyertai lawatan ini. Semoga perkongsian maklumat, idea dan kreativiti JPN melaksanakan 5S dengan jayanya akan turut dipraktikkan di Pejabat SUK Selangor. 

Sudut Informasi dipenuhi dengan gambar

Peserta tekun mendengar penerangan semasa lawatan

Banyaknya perkongsian maklumat dipaparkan






Ada sudut anugerah


Paparan panduan etika di bilik mesyuarat




Taklimat oleh JPN











Penyampaian cenderamata


Nama bahagian di setiap tingkat mudah dikenalpasti

Sudut 5S yang kreatif


Master index






Stok tersusun rapi dan ada kemudahan inventori

Kreatif dan ada tarikan


Memulakan Amalan Penjagaan Tandas Berkualiti??

Salam sejahtera. Hm berapa kali kita gunakan tandas pejabat dalam sehari? Persekitaran kerja yang selesa juga adalah termasuk betapa bersih dan selesa tandas di pejabat kita. Percaya tak Mood bekerja yang ceria pada mulanya boleh berubah kerana terpaksa menggunakan tandas terdekat dengan pejabat kita yang kurang bersih atau rosak, ditambah lagi perlu menggunakannya berulang kali. Pada kebanyakan masa kita akan menyalahkan kontraktor pembersihan yang dilantik tapi sedarkah kita bahawa kita sebagai pengguna juga yang berperanan menyumbang menjadikannya bersih, kotor atau rosak..Jadi mari kita berubah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang peka dengan pengguna yang lain demi sama-sama menjaga kepentingan dan keselesaan bersama.

Jawatankuasa Promosi 5S peka dengan keadaan ini dan memulakan kempen penjagaan tandas di Pejabat SUK Selangor dengan kempen "At Washroom We Care" atau ringkasnya @WARE bermula dengan poster berikut sebagai tatapan visual untuk amalan kita bersama. Objektif kempen ini ialah "Prihatin Pengguna Seterusnya" (Care For Next User)

Poster Amalan Penjagaan Tandas Berkualiti Di Pejabat SUK Selangor

Ya poster ini boleh di-tampalkan di tandas zon kita dan di-sematkan di hati sebagai amalan setiap kakitangan ya! :-) Semoga perubahan yang mudah ini akan mendatangkan kebaikan di pejabat dan secara tak langsung dipraktikkan pula di rumah atau tempat awam juga.

Setakat ini dulu info @WARE sebagai pembuka minda hari ini :-)
~Ikhlas dari, Jawatankuasa Promosi 5S, Pejabat SUK Selangor

Mari Mari LIKE dan FOLLOW Aktiviti 5S Kita Di Facebook Page!

Salam sejahtera kepada semua lapisan pegawai dan kakitangan Pejabat SUK Selangor. Penglibatan anda semua untuk LIKE Fan Page 5S kita terus dialu-alukan. Masih ramai lagi kakitangan yang belum LIKE, jadi mari teruskan kempen sesama rakan kita untuk sama-sama mengikuti perkembangan aktiviti dan terus terlibat secara langsung dengan Fan Page kita ini. Jawatankuasa Promosi 5S akan terus mengadakan kempen, info dan hadiah menarik dari kunjungan anda. Semoga saluran media baru ini akan mengeratkan jalinan komunikasi dan kerjasama semua kakitangan dan memeriahkan kesinambungan kecemerlangan 5S di Pejabat SUK Selangor yang kita sayangi.

Kempen LIKE, dan Follow berterusan untuk menghangatkan sambutan 5S di Pejabat SUK Selangor


Jumpa lagi untuk info akan datang..dari Jawatankuasa Promosi!!

Friday, March 7, 2014

Pertandingan Face of 5S...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Jom sertai aktiviti baharu Jawatankuasa Promosi QE5S Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor...

PERTANDINGAN FACE OF 5S!!!

Syarat pernyertaan:

  • Setiap bulan, satu (1) gambar kakitangan akan dipilih secara rawak
  • Kakitangan yang dipilih mestilah LIKE Facebook SUK Selangor 5S
  • Kakitangan yang gambarnya terpilih boleh menuntut hadiah daripada Jawatankuasa Promosi 5S


Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post