Thursday, March 27, 2014

Logo lama dan Logo baru sebagai pembakar semangat 2014!


MOTO:
"5S PENERAJU PRODUKTIVITI"

LOGO LAMA:



MAKSUD BENTUK

-    Simbol huruf 5S diletakkan di tengah logo sebagai lambang amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

-    Lambang rasmi Negeri Selangor diletakkan bersama-sama simbol huruf 5S

-    Bulatan melambangkan proses 5S yang berterusan

-    Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa  Amal adalah amalan 5S yang berterusan

-    Teks PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR disusun di bahagian paling atas sebagai lambang pelaksanaan 5S secara menyeluruh di semua bahagian

MAKSUD WARNA

-    Warna merah digunakan bagi menyerlahkan simbol huruf 5S yang menjadi fokus logo bagi melambangkan amalan 5S adalah serius dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
                                                                                                                                                            
-    Warna biru digunakan sebagai lambang semangat kerjasama berpasukan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor



~~~~~~~~~~~~~

LOGO BARU 2014


RASIONAL/PENERANGAN LOGO

MAKSUD BENTUK

- Simbol huruf 5S diletakkan di bawah logo sebagai lambang amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
- Lambang rasmi Negeri Selangor diletakkan bersama-sama simbol huruf 5S .
- Bulan Sabit melambangkan proses 5S yang berterusan.
- Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa  Amal adalah amalan 5S yang berterusan.
- Teks PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR disusun di bahagian paling kiri sebagai lambang pelaksanaan 5S secara menyeluruh di semua bahagian.

MAKSUD WARNA

- Warna kuning kemerahan digunakan bagi menyerlahkan simbol huruf 5S yang menjadi fokus logo bagi melambangkan amalan 5S adalah serius dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.  
- Warna biru digunakan sebagai lambang semangat kerjasama berpasukan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post