Tuesday, March 4, 2014

Logo 5S Baru 2014

Salam sejahtera. Jom guna logo baru pembakar semangat baru tahun 2014! Tahniah saudara Amirull Asraff dari Bahagian Teknologi Maklumat yang memenangi pertandingan logo baru-baru ini.

Untuk download logo dari sini sila "Klik kanan" dan "Save image"


Logo 5S


RASIONAL/PENERANGAN LOGO

MAKSUD BENTUK

- Simbol huruf 5S diletakkan di bawah logo sebagai lambang amalan 5S dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
- Lambang rasmi Negeri Selangor diletakkan bersama-sama simbol huruf 5S .
- Bulan Sabit melambangkan proses 5S yang berterusan.
- Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa  Amal adalah amalan 5S yang berterusan.
- Teks PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR disusun di bahagian paling kiri sebagai lambang pelaksanaan 5S secara menyeluruh di semua bahagian.

MAKSUD WARNA

- Warna kuning kemerahan digunakan bagi menyerlahkan simbol huruf 5S yang menjadi fokus logo bagi melambangkan amalan 5S adalah serius dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.  
- Warna biru digunakan sebagai lambang semangat kerjasama berpasukan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post