Monday, February 10, 2014

Pertandingan Pameran Zon 5S Terbaik sempena Perhimpunan Bersama Y.B. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

 
~Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~

Sukacita dimaklumkan satu pertandingan Pameran Zon 5S Terbaik akan diadakan pada:

Tarikh: 14 Februari 2014
Tempat: Ruang Santai, Tingkat G, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Maklumat yang perlu ada dalam pameran tersebut adalah:

  • Transformasi Zon selepas melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S,

  • Idea Inovasi yang unik, seperti susunan alat tulis dalam laci, kotak 3R, susunan di tempat guna sama, dan lain-lain.

  • Dan, setiap zon perlu menyediakan soalan berkaitan implikasi anda menjalankan QE5S di jabatan.


Konsep pameran adalah Pameran Terbuka (tanpa dinding)


Pihak urus setia akan menyediakan sebuah meja, 2 buah kerusi dan bekalan elektrik (sekiranya perlu)


Penilaian Pameran akan dibuat sepanjang program berlangsung, dan dinilai oleh Fasilitator setiap Zon.

~HADIAH LUMAYAN MENANTI ZON TERBAIK~

~SERLAHKAN KREATIVITI BERSAMA~



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post