Monday, November 30, 2015

7 Prinsip Asas SUSUN

7 Prinsip Asas SUSUN

1. Ikut kaedah ‘MASUK DAHULU KELUAR KEMUDIAN” (FILO) untuk menyimpan sesuatu.
2. Wujudkan tempat khas untuk sesuatu barang dengan jelas.
3. Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas.
4. Letakkan item di tempat yang mudah dilihat dan mudah dikesan.
5. Letakkan barang di tempat yang mudah diambil dan disimpan semula.
6. Asingkan alatan eksklusif dan yang biasa.
7. Alatan kerap diguna diletak paling dekat dengan pengguna.

Simpan sini NOTA TENTANG 7 PRINSIP AMALAN SUSUN. Adakah amalan SUSUN di tempat kita menepati prinsip susun sebenar ini?

Thursday, June 25, 2015

Pejabat SUK Selangor Kekal Persijilan 5S 2015!

Alhamdulilah, pihak MPC telah berpuashati dengan sesi audit hari ini dan mengumumkan Pejabat SUK Selangor kekal persijilan 5S bagi audit 2015 kali ini. Tahniah atas usaha gigih semua kakitangan Pejabat SUK Selangor!


Selamat Datang Auditor MPC Ke Pejabat SUK Selangor!



Thursday, June 4, 2015

COUNTDOWN! LAGI 20 HARI AUDIT 5S..

Peringatan Mesra : Lagi 20 hari audit! Ayuh semua 17 ZON siap sedia menerima kunjungan Auditor MPC pada 25 Jun 2015 ini. 



Wednesday, June 3, 2015

ACARA RUNNING 5S MENGGEGAR SUK SELANGOR 10 JUN 2015

RUNNING 5S KEMBALI LAGI PADA 10 JUN 2015
PENYERTAAN 1 ZON 1 KUMPULAN


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ZON YANG SUNGGUH SPORTING MENGHANTAR PASUKAN 
UPDATE TERKINI PERJALANAN ACARA INI BOLEH DIIKUTI SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK PAGE SUKSELANGOR 5S PADA 10 JUN 2015

PERJALANAN ACARA SEBELUM & SEMASA HARI KEMUNCAK RUNNING 5S:-

SEBELUM : 
1 JUN : MENGHANTAR PENYERTAAN
1 JUN - 9 JUN : MENGHANTAR MONTAJ KUMPULAN DI FACEBOOK 5S
1 JUN - 9 JUN : MASA UNTUK PASTIKAN DAPAT LIKE MONTAJ TERBANYAK

SEMASA 10 JUN 2015
10 JUN : BERKUMPUL TEPAT PADA JAM 8.30 PAGI UNTUK BERMULA!
JUMPA LAGI DI LAIN POSTING TERKINI OK !

Friday, May 15, 2015

Perhimpunan Bersama YB SUK 15 Mei 2015

Acara 5S diteruskan lagi hari ini iaitu Perhimpunan 5S semasa Perhimpunan Bersama YB SUK yang dihoskan oleh Seksyen Agihan Dan Pembangunan, UPEN. Ucapan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik Hasry, Timbalan Pengarah Seksyen Agihan Dan Pembangunan UPEN. Seterusnya diikuti ucapan dan amanat oleh YB Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. 


Terdapat acara penyampaian hadiah dan pelancaran Gotong Royong Perdana Pejabat SUK Selangor. Tahniah kepada penerima hadiah hari ini iaitu :-

1. Pemenang pertandingan Desktop Wallpaper 5S : Puan Lili Binti Ibrahim (BTM)

2. Zon Terbaik
Tempat pertama : Zon Topaz (Seksyen PBT)
Tempat ke-2 : Zon Zirkon (UPB)
Tempat ke-3 : Zon Amber (Seksyen AP)

3. Ruang Pejabat Terbaik : Zon Amber (Seksyen AP)
4. Tempat Umum Terbaik : Zon Amber (Seksyen AP)
5. Stor Terbaik : Bahagian Audit Dalam
6. Tempat Simpanan (Bilik Fail) Terbaik : Pejabat YAB Dato' Menteri Besar Selangor
7. Dokumentasi Terbaik : Zon Amber (Seksyen AP)
8. Sudut 5S Terbaik : Zon Amber (Seksyen AP)

9. Personaliti 5S Terbaik Mengikut Zon
BPSM : Puan Nurul Izzah Binti Abdul Karim
BTM : Puan Zainaf Binti Othman
Seksyen Makro & Penswastaan : Puan Faridah Binti Abd Hamid
BKP : Puan Asilatulsyila Binti Ahmad Syukari
Pejabat Dewan : Puan Diana Binti Shuwardi
Seksyen PBT : Puan Latifah Binti Sulaiman
Seksyen Agihan & Pembangunan : Puan Norzaleha Binti Abdul Latif
Bahagian Audit Dalam : Puan Noor Elisa Binti Hamin
Seksyen Sektoral : Puan Suhana Binti Surani
Bahagian Korporat : Puan Noraini Binti Baharun
Unit Integriti : Cik Durah Atikah Binti Zainal Abidin
Unit Bencana : Puan Fara Hanim Binti M. Sharif
Unit Kewangan : Encik Hazrien Bin Aziz
Unit Pengurusan Bangunan & Protokol : Encik Hamdan Bin Jamil 
Unit Pengangkutan,Penguatkuasa & Keselamatan : Encik Norhisham Bin Mamat
Seksyen Agihan & Pembangunan : Puan Norzaleha Binti Abdul Latif



Gimik perasmian Gotong Royong Perdana Pejabat SUK Selangor iaitu simbolik membuka poster pelancaran
Poster pelancaran Gotong Royong Perdana Pejabat SUK Selangor

Kehadiran Kumpulan Koir SUK menceriakan majlis

Warga kerja berhimpun dengan memakai baju 5S

YB SUK bersama sebahagian warga kerja Seksyen AP UPEN, iaitu hos perhimpunan kali ini.


Wednesday, April 22, 2015

Dah Siap! Sekarang Boleh Download Manual 5S Terkini Bagi Pejabat SUK Selangor

Salam sejahtera semua..inilah Manual 5S terkini untuk rujukan kakitangan Pejabat SUK Selangor. Mari setiap Zon sampaikan kepada semua kakitangan melalui cara kreatif anda, kerana manual ini ialah rujukan yang sentiasa ditambahbaik, dan untuk kejayaan 5S berterusan ialah selebihnya kreativiti dan inovasi kakitangan Pejabat SUK Selangor.
OK jangan lupa untuk siap sedia Audit 25 Jun 2015 ya!

1. Manual (utama)
2. Lampiran : Garis Panduan
3. Lampiran : Kriteria Audit

Klik pada Icon untuk Download
Manual (utama)
Lampiran : Garis Panduan
Lampiran : Kriteria Audit



atau DOWNLOAD SINI sebagai satu Folder Compress (.rar) - *Anda perlukan software seperti Winrar untuk membuka folder jenis ini. 

Monday, April 20, 2015

Tarikh Audit MPC 25 Jun 2015

Perhatian untuk tarikh Audit MPC ini : 25 Jun 2015
Semoga semua kakitangan Pejabat SUK Selangor bersedia!

Monday, March 23, 2015

Perhimpunan Kakitangan Pejabat SUK Selangor Pada 20 Mac 2015

Salam sejahtera. Pada 20 Mac 2015 telah berlangsung perhimpunan kakitangan Pejabat SUK Selangor dengan pengisian aktiviti 5S bersama-sama Yang Berhormat Dato' Haji Mohamed Khusrin Bin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Majlis berlangsung dengan jayanya. Gambar terkini akan dimuatkan di sini dan di Facebook Page 5S SUK Selangor. Yang Berhormat turut merasmikan Galeri 5S iaitu tarikan terbaru di Sudut 5S yang terletak di Lobi Bangunan SSAAS.

Rajah Wall-Zon Hiasan Baru Di Sudut 5S

Wall-Zon 5S - klik untuk besarkan gambar
Wall-Zon 5S - klik untuk besarkan gambar

Beginilah infografik rajah menggambarkan 17 Zon yang berasaskan batu-batu perhiasan bagi pelaksanaan 5S di Pejabat SUK Selangor. Inilah ole-ole terbaru dari Jawatankuasa Promosi Induk untuk anda hiaskan sudut di zon masing-masing ya. Bolehlah simpan gambar ini dengan cara klik-kanan dan Save As gambar di atas. Rajah ini juga sudah dicetak besar dan dijadikan hiasan terbaru di Sudut 5S yang terletak di Lobi Bangunan SSAAS, Shah Alam. Jangan lupa berkunjung ke Sudut 5S terbaru dan Selfie di sana ya! 
(Tag kami #sukselangor5s) 


Monday, March 16, 2015

Selamat Datang 5 Zon Baru!

Pada tahun 2015, terdapat tambahan 5 lagi zon baru di Pejabat SUK Selangor :-

Zon Mutiara
Zon Aquamarine
Zon Zircon
Zon Krypton
ZonQuattro


Berikut adalah senarai terkini 17 zon untuk makluman bersama!

1. PEJABAT YAB DATO’ MENTERI BESAR (ZON BERLIAN)
2. BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (ZON JADE)
3. BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ZON CITRINE)
4. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (ZON ZAMRUD)
5. PEJABAT DEWAN NEGERI SELANGOR (ZON NILAM)
6. SEKSYEN MAKRO DAN PENSWASTAAN (ZON FIRUS)
7. SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (ZON TOPAZ)
8. SEKSYEN SEKTORAL (ZON RUBY)
9. SEKSYEN AGIHAN DAN PEMBANGUNAN (ZON AMBER)
10. BAHAGIAN AUDIT DALAM (ZON KRISTAL)
11. BAHAGIAN KORPORAT (ZON AMETHYST)
12. UNIT INTEGRITI (ZON MUTIARA)
13. UNIT BENCANA (ZON AQUAMARINE)
14. UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN UNIT PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL (ZON ZIRCON)
15. UNIT KEWANGAN (ZON KRYPTON)
16. UNIT PENGUATKUASA (ZON QUATTRO)
17. MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES) (ZON INTAN)

Thursday, March 5, 2015

Pertandingan Rekaan Desktop Wallpaper 5S!

Salam sejahtera, kepada semua kakitangan Pejabat SUK Selangor adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan yang pertama kali kita buat ini, iaitu Rekaan Desktop Wallpaper 5S Paling Menarik. Tujuannya kita nak hiaskan Desktop komputer di pejabat kita dengan rekaan khas dari staff sendiri yang membawa mesej semangat Amalan 5S di Pejabat SUK Selangor. OK inilah poster pertandingan. Pertandingan akan dibuka dari 13 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015. Sila baca syarat untuk menghantar format Wallpaper anda nanti ya. Hadiah menarik menanti pemenang!

Kepada wakil  ZON sila print dan tampal poster pertandingan ini di Sudut 5S Zon ya! 



Wednesday, February 25, 2015

Macam-macam Gajet Berguna Sebagai Hadiah 5S Tahun Ini

Salam sejahtera. Ingin berkongsi gambar gajet menarik yang telah sedia menanti pemenang pelbagai pertandingan yang akan berlangsung sepanjang tahun 2015 ini. Inilah kelainan hadiah tahun ini, diharap agar ramai berpuashati kerana jawatankuasa promosi nak hadiahkan sesuatu yang berguna kepada staff Pejabat SUK Selangor yang bertungkus lumus sentiasa meneruskan amalan 5S. Jadi hadiah pun seiring dengan keperluan teknologi semasa yang mana gajet popular seperti Powerbank, Pendrive dan Portable Hard-Disk memang sentiasa dicari-cari oleh setiap orang. Canggih kan idea kami! Jadi marilah sama-sama sertai pertandingan yang akan diadakan sepanjang tahun 2015 ini ya.

Antara hadiah gajet menarik untuk pertandingan 5S awal tahun 2015
Cerita gambar ni pula. Lepas beli barang kami dah siap reben sebagai pakej menarik untuk dijadikan hadiah anda nanti. Yang kelihatan ialah Powerbank dengan casing berwarna warni yang sangat dinantikan oleh wanita kalau andalah pemenangnya hehehe. Beberapa Pendrive iaitu hadiah kecil yang sangat berguna dalam keperluan digital sekarang ni tak kira urusan kerja atau urusan peribadi, macam-macam fail digital boleh simpan guna Pendrive comel ini. Yang paling best dari kami ialah Portable Hard Disk dengan kapasiti 500 GB, setakat ni kami pilih jenis berkualiti iaitu versi My Passport Ultra yang sangat bermanfaat kepada anda. Jangan lupa acara terus menerus akan diadakan dan dihebahkan di Facebook 5S ya!

Face Of 5S - Meriahkan Kunjungan Facebook 5S

Salam sejahtera. Pelbagai cara dan idea sentiasa tercipta demi mempromosi penerapan 5S di kalangan kakitangan Pejabat SUK Selangor. Sekali lagi platform Facebook Page dijadikan medium interaksi yang berkesan untuk usaha ini. Antara idea kecil yang sangat memberikan impak yang besar ialah pertandingan "Face Of 5S" (hm Wajah 5S??) iaitu memilih seorang kakitangan terpilih yang ada dalam gambar aktiviti 5S sepanjang tahun. Pertandingan ini akan diadakan beberapa siri setahun bergantung kepada peruntukan hadiah dan kesempatan masa yang sesuai. Impak yang sangat ketara ialah semakin banyak kunjungan dan Like yang diterima oleh Facebook Page 5S, yang asalnya hanya di kalangan kakitangan Pejabat SUK kini tersebar kepada kenalan dari jabatan luar dan orang awam yang rupa-rupanya turut mengikuti perkembangan Page ini. Tahniah kepada semua kakitangan Pejabat SUK Selangor yang sangat "sporting" menyokong usaha penerapan nilai murni dalam 5S selama ini. Jadi tahun 2015 diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutama demi persekitaran kerja yang baik. Seronoknya bekerja dalam suasana kondusif di Pejabat SUK Selangor!

Face Of 5S bagi siri 1 tahun 2015
Pemenang "Face Of 5S" siri 1 tahun 2015 menerima hadiah dari pihak Jawatankuasa 5S Pejabat SUK Selangor

Nantikan siri 2 dan seterusnya di masa akan datang! Teruskan komitmen anda sebagai sebahagian dari kejayaan pasukan 5S terhebat di jabatan kerajaan Selangor.

Monday, February 9, 2015

Benchmark Visit Oleh Pejabat Tanah Galian Selangor

Salam sejahtera. Terima kasih kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor kerana menjadikan Benchmark 5S di Pejabat SUK Selangor. Sesi lawatan dan penerangan telah diadakan pada 6 Februari 2015. Semoga segala perkongsian ilmu "atas kertas" dan perkongsian pengalaman sebenar dalam melaksanakan 5S dapat dimanfaatkan oleh pasukan penggerak 5S di PTGS pula ya. Selamat berjaya.




Thursday, January 29, 2015

Pertandingan Dialog Lucu Kembali Di Tahun 2015

Salam sejahtera. Kepada kakitangan Pejabat SUK Selangor, Jawatankuasa Promosi kembali akif untuk menggiatkan usaha 5S pada tahun 2015. Jadi jangan lupa untuk terus menerus mengikuti pelbagai pertandingan, hebahan dan tips secara online dan aktiviti bersemuka di Pejabat SUK Selangor yang telah dirancang sepanjang tahun ini. Jadi untuk memulakan acara pertandingan, kami bawakan Pertandingan Dialog Lucu yang boleh disertai sekarang di laman Facebook 5S SUK Selangor akan ditutup pada 9 Februari 2015. Mudah sahaja, sila hantarkan teks dialog lucu anda pada ruangan Komen. Ingat, jangan lupa LIKE terlebih dahulu Facebook 5S itu ya! Teruskan usaha anda, hadiah menarik menanti pemenang!
Terima kasih.
Sertai pertandingan Dialog Lucu di FB 5S SUK Selangor - hanya untuk kakitangan Pejabat SUK Selangor ya!



Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post