Wednesday, February 25, 2015

Macam-macam Gajet Berguna Sebagai Hadiah 5S Tahun Ini

Salam sejahtera. Ingin berkongsi gambar gajet menarik yang telah sedia menanti pemenang pelbagai pertandingan yang akan berlangsung sepanjang tahun 2015 ini. Inilah kelainan hadiah tahun ini, diharap agar ramai berpuashati kerana jawatankuasa promosi nak hadiahkan sesuatu yang berguna kepada staff Pejabat SUK Selangor yang bertungkus lumus sentiasa meneruskan amalan 5S. Jadi hadiah pun seiring dengan keperluan teknologi semasa yang mana gajet popular seperti Powerbank, Pendrive dan Portable Hard-Disk memang sentiasa dicari-cari oleh setiap orang. Canggih kan idea kami! Jadi marilah sama-sama sertai pertandingan yang akan diadakan sepanjang tahun 2015 ini ya.

Antara hadiah gajet menarik untuk pertandingan 5S awal tahun 2015
Cerita gambar ni pula. Lepas beli barang kami dah siap reben sebagai pakej menarik untuk dijadikan hadiah anda nanti. Yang kelihatan ialah Powerbank dengan casing berwarna warni yang sangat dinantikan oleh wanita kalau andalah pemenangnya hehehe. Beberapa Pendrive iaitu hadiah kecil yang sangat berguna dalam keperluan digital sekarang ni tak kira urusan kerja atau urusan peribadi, macam-macam fail digital boleh simpan guna Pendrive comel ini. Yang paling best dari kami ialah Portable Hard Disk dengan kapasiti 500 GB, setakat ni kami pilih jenis berkualiti iaitu versi My Passport Ultra yang sangat bermanfaat kepada anda. Jangan lupa acara terus menerus akan diadakan dan dihebahkan di Facebook 5S ya!

Face Of 5S - Meriahkan Kunjungan Facebook 5S

Salam sejahtera. Pelbagai cara dan idea sentiasa tercipta demi mempromosi penerapan 5S di kalangan kakitangan Pejabat SUK Selangor. Sekali lagi platform Facebook Page dijadikan medium interaksi yang berkesan untuk usaha ini. Antara idea kecil yang sangat memberikan impak yang besar ialah pertandingan "Face Of 5S" (hm Wajah 5S??) iaitu memilih seorang kakitangan terpilih yang ada dalam gambar aktiviti 5S sepanjang tahun. Pertandingan ini akan diadakan beberapa siri setahun bergantung kepada peruntukan hadiah dan kesempatan masa yang sesuai. Impak yang sangat ketara ialah semakin banyak kunjungan dan Like yang diterima oleh Facebook Page 5S, yang asalnya hanya di kalangan kakitangan Pejabat SUK kini tersebar kepada kenalan dari jabatan luar dan orang awam yang rupa-rupanya turut mengikuti perkembangan Page ini. Tahniah kepada semua kakitangan Pejabat SUK Selangor yang sangat "sporting" menyokong usaha penerapan nilai murni dalam 5S selama ini. Jadi tahun 2015 diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutama demi persekitaran kerja yang baik. Seronoknya bekerja dalam suasana kondusif di Pejabat SUK Selangor!

Face Of 5S bagi siri 1 tahun 2015
Pemenang "Face Of 5S" siri 1 tahun 2015 menerima hadiah dari pihak Jawatankuasa 5S Pejabat SUK Selangor

Nantikan siri 2 dan seterusnya di masa akan datang! Teruskan komitmen anda sebagai sebahagian dari kejayaan pasukan 5S terhebat di jabatan kerajaan Selangor.

Monday, February 9, 2015

Benchmark Visit Oleh Pejabat Tanah Galian Selangor

Salam sejahtera. Terima kasih kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor kerana menjadikan Benchmark 5S di Pejabat SUK Selangor. Sesi lawatan dan penerangan telah diadakan pada 6 Februari 2015. Semoga segala perkongsian ilmu "atas kertas" dan perkongsian pengalaman sebenar dalam melaksanakan 5S dapat dimanfaatkan oleh pasukan penggerak 5S di PTGS pula ya. Selamat berjaya.




Featured Post

Pejabat SUK Selangor Cemerlang EKSA

Makluman bahawa Pejabat SUK Selangor telah berjaya memperolehi PENSIJILAN "EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)" Hebahan mak...

Popular Post